Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Sisters in Islam (SIS) untuk melakukan semakan kehakiman terhadap pengharamannya oleh negeri Selangor.

"Permohonan ini bukan satu permohonan semberono.

"Bantahan ditolak dan permohonan dibenarkan," kata Hakim Datuk Asmabi Mohamed yang mendengar kes itu.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS sewaktu ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan dokumen berkaitan untuk semakan kehakiman itu dalam jangka masa dua minggu dari sekarang.

Dalam kenyataannya, SIS berkata mereka antara lain akan memohon satu perisytiharan bahawa fatwa ke atas mereka sebelum ini adalah ultra vires terhadap Perkara 10, 11, 74, dan Jadual ke-9 Senarai Persekutuan dan Negeri Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga akan memohon untuk mengisytiharkan fatwa sebelum ini sebagai bercanggah dengan Seksyen 7 Akta Mesin Cetak 1984 dan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SIS sebelum ini melalui carian di laman e-fatwa Majlis Agama Islam Selangor pada 20 Oktober lalu mengetahui terdapat satu fatwa mengharamkan pertubuhan itu.

Fatwa tersebut memutuskan SIS sebagai pertubuhan haram kerana didakwa menganuti dan menyebarkan fahaman agama "liberal dan pluralisme."

Menurut SIS, fatwa berkenaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa kepada pihak berkuasa untuk merampas penerbitan dan menyekat penyebaran di laman sosial. 

Lihat Komen
ADS