Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan perguna Islam untuk pertahan perkauman'

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk pihak tertentu yang mempergunakan Islam untuk pertahan fahaman "perkauman dan ketidakadilan", dengan menyifatkannya sebagai penghinaan terhadap agama dan masyarakat Islam itu sendiri.

Beliau menolak tanggapan bahawa kelangsungan Melayu dan kerelevanan Islam boleh terancam apabila menghormati kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Hal ini bagaimanapun ditepis oleh kumpulan haluan kanan, yang mengecam Anwar ketika berucap melancarkan Laporan Demokrasi Tempatan Pulau Pinang yang dianjurkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam.

Laporan tersebut, yang julung kali diwujudkan di Pulau Piang, dipersembahkan oleh Pengarah Eksekutif Suaram Yap Swee Seng.

Anwar berkata pemimpin Pakatan Rakyat telah membincangkan mengenai rancangan Majlis Perundingan Melayu untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di Bukit Jalil pada 10 Januari depan.

Kumpulan turut menyokong pengekalan Akta Hasutan 1948, yang baru-baru ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno bulan lalu.

Najib kelihatan terpaksa membuat pusingan U terhadap undang-undang yang dijanjikannya untuk dimansuhkan dua tahun yang lalu.

Anwar berkata, tindakan menggunakan maqasid syariah untuk mempertahankan undang-undang zalim adalah keterlaluan.

Maqasid syariah bermaksud "tujuan tertinggi dalam undang-undang Islam".

"Bagaimana awak boleh guna maqasid syariah untuk pertahankan perkauman?" katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS