Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Klia 2: DAP dakwa Liow elak siasatan penuh
Diterbitkan:  Dec 12, 2014 12:39 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

DAP membidas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana didakwanya mengelak siasatan penuh mengenai kontroversi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2) dengan menubuhkan satu jawatankuasa dengan skop yang terhad.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Liow memilih untuk mengabaikan syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ini daripada membenarkan Peguam Negara (AG) untuk mengakses skandal itu.

"Sebaliknya beliau mengumumkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa audit bebas secara berasingan dan skop yang sangat terhad untuk menjalankan penyiasatan terhadap air yang bertakung di kawasan pelataran lapangan terbang demi memastikan keselamatan lapangan terbang.

"Ini jelas menunjukkan jawatankuasa audit bebas itu tidak akan diberikan sebarang ruang untuk mencari kesalahan dan mengenalpasti dalang disebalik skandal itu," katanya.

Beliau yang juga pengerusi DAP Selangor turut mempersoal sama ada Kementerian Pengangkutan cuba menutup salah urus mengenai reka bentuk, penganugerahan dan pembinaan KLIA 2.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS