Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas KSU gesa Melayu sederhana nyata pendirian

Bekas ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar berikrar bahawa beliau dan 24 orang lagi 'Melayu ternama' akan terus menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pentadbiran negara.

"Kami akan terus bersuara dan (kenyataan) ini bukan pengakhirannya buat kami," kata Ahmad Kamil kepada Malaysiakini.

Menurutnya, kenyataan itu sememangnya ditandatangani beliau kerana merasakan orang Melayu yang sederhana perlu bersuara terhadap ekstremis yang memusnahkan latar pelbagai kaum dan pelbagai agama negara ini.

Ahmad Kamil, 77, adalah seorang diplomat selama 34 tahun sebelum bersara sebagai ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri.

Tugas terakhir beliau adalah sebagai utusan khas kepada perdana menteri.

"Semua isu (dalam kenyataan itu) sudah membarah dalam masyarakat itu dan saya berasa terpanggil...

"Sesetengah daripada mereka bertindak melampau dan mereka ini bercakap tentang menangkap orang ramai (yang mempersoalkan pelampau).

"Kami berbincang di antara satu sama lain dan kami mahu mengambil tindakan yang mungkin akan mempengaruhi Melayu sederhana yang lain..saya mahu lihat semua orang kembali ke negara ini," kata Ahmad Kamil.

Beliau merujuk kepada rakan-rakannya yang telah bertindak meninggalkan Malaysia.

(Baca berita asal)

Lihat Komen
ADS