Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Para pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak berjaya menyerahkan memorandum mengenai kumpulan 'UM8' kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengunjungi kampus berkenaan hari ini.

Para pemimpin pelajar tersebut, yang diketuai presiden PMUM yang baru dipilih, Ammar Atan berkata mereka cuba menghadap Sultan Nazrin beberapa kali namun tetap digagalkan oleh pasukan keselamatan UM.

Kumpulan itu cuba berbuat demikian ketika Sultan Nazrin – yang juga canselor UM – berada di Dewan Tunku Canselror dan sewaktu baginda bersedia untuk menaiki kereta untuk beredar.

Ammar berkata, sekatan oleh pasukan keselamatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka hanya ingin menyerahkan memorandum mengenai kumpulan UM8 yang dikenakan tindakan oleh pentadbiran universiti.

"Saya rasa ini aneh. Saya cuma mahu serahkan memorandum ini kepada baginda.

"Bukannya saya nak bagi bom atau benda yang bukan-bukan," kata Presiden PUM yang baru dipilih, Ammar Atan kepada Malaysiakini.

"Rasanya baginda tidak dimaklumkan tentang perkara ini kerana baginda seorang yang mudah didekati.

"Baginda bergaul dengan mahasiswa, mengambil selfie dan sebagainya. Saya rasa pembantu peribadinya yang membuat keputusan (untuk tidak memaklumkan baginda)," kata Ammar.

Kumpulan siswa berkenaan bagaimanapun berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada setiausaha politik kepada Menteri Pelajaran II, Danial Abdul Rahman.

Kumpulan UM8 itu menerima tindakan ekoran pengajuran pidato ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Sultan Perak itu menghadiri syarahan oleh seorang profesor tamu, Jonathan Bates.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS