Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit terus alami kerugian minggu ke-9
Diterbitkan:  Dec 12, 2014 4:22 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Ringgit Malaysia yang terus mengalami kerugian masuk minggu kesembilan dan kejatuhan bon ekoran kebimbangan kejatuhan harga minyak, akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.
 
Mata wang tersebut merosot 6.8 peratus sejak 10 Oktober - prestasi paling teruk di Asia - ketika kejatuhan harga minyak mentah mengancam menjejaskan pendapatan negara pengeksportnya.

Harga komoditi itu jatuh di bawah paras AS$60 (RM209.06) setong buat pertama kali sejak 2009, dan menolak turun nilai ringgit kepada 3.5073 bagi setiap dolar AS minggu ini - yang terendah dalam tempoh lima tahun.
 
"Dengan harga minyak mentah di bawah AS$60, ringgit kini sedang menghadapi tekanan tambahan," kata Nizam Idris, ketua bahagian strategi tukaran asing dan pendapatan tetap Macquarie Group Ltd yang berpejabat di Singapura. "Tahap psikologi untuk unit Malaysia adalah 3.50."
 
Ringgit menyusut nilai 0.7 peratus dari 5 Disember kepada 3.4940 bagi setiap dolar AS pada 10.21 pagi di Kuala Lumpur, jangka masa terpanjang kerugian mingguan tahun ini, demikian menurut data yang dikumpul leh Bloomberg.
 
 
 
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS