Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN nafi Interpol tahan Ali
Diterbitkan:  Dec 13, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 4:05 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu.

"Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya, Ali menyatakan: "Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia ... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari ... Never give up".

Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.

Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS