Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: 1MDB 'permainan' Dr M tekan Najib
Diterbitkan:  Dec 14, 2014 12:18 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Walaupun sama-sama mengkritik 1MDB, anggota parlimen Pakatan Rakyat N Surendan menyatakan kesangsiannya terhadap keikhlasan kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wakil rakyat Padang Serai itu mengaitkannya dengan 'permainan' dalaman Umno yang menurutnya dilancarkan bagi memberi tekanan politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Mahathir dan kumpulan anti-Najib lebih berminat menggunakan taktik pintu belakang untuk memberikan tekanan politik pada Najib, bukan untuk memastikan keterbukaan dan ketelusan siasatan,” katanya.

Surendran ( kiri ) juga berkata, Mahathir sebenarnya mementingkan diri, malah hipokrit dan “boleh diketawakan” jika dilihat pada skandal besar pada pentadbirannya seperti kes BMF, Perwaja dan PKFZ.

Dalam kenyataan hari ini, Surendran menyeru supaya isu 1MDB tidak dipergunakan untuk perseteruan dalaman Umno semata-mata.

“Kita mahu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah untuk mendedahkan kebenaran serta kenapa dan bagaimanapun dana awam boleh hilang dan terbazir melalui 1MDB,” katanya.

[Baca lanjut dalam MP SPEAKS]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS