Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis Johor telah merujuk kes rampasan 30 kitab gita puja yang dirampas oleh paderi Katolik kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

Timbalan CID Johor Dennis Lim mengesahkan bahawa beliau kini menunggu arahan lanjut sama ada ia patut dipulangkan atau sebaliknya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP untuk arahan lanjut,” kata Lim kepada Malaysiakini .

“Mereka mempunyai bidang kuasa dan pengetahuan sama ada ia sebuah kesalahan atau tidak.”

The Malaysian Insider melaporkan bahawa naskhah kitab berjudul Mari Kita Memuji Allah Kita dirampas daripada paderi Cyril Mannayagam pada 5 Disember.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS