Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.

Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.

“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.

“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS