Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

“Jangan bertanya kepada soal keperluan dunia, bertanyalah tentang soal keperluan hidup di dunia apa yang anda ada (kemampuan sedia ada) dan bertindak. Kerana apa yang dunia perlukan itu yang membuatkan anda terus bergerak.” -- Howard Thurman

Falsafah Thurman mendesak komuniti sejagat menjalankan tanggungjawabanya dalam menjaga kemaslahatan dan keteraturan masyarakat.

Jika komuniti tidak menggerakkan sebarang tindakan, maka negara akan rencam dengan setiap kegagalan jiwa rakyat.

Pandangan beliau memberikan ide dalam mengemaskinikan masalah ekonomi negara Malaysia pascamerdeka ini.

Belanda dan British telah mengaut hasil mahsul Tanah Melayu sebelum zaman kemerdekaan sehingga detik Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali di Dataran Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

Namun, persoalannya, merdekakah kita sebenarnya? Dengan masih terikat lagi dengan perjanjian Komanwel dan “pencacai” ini masih lagi diraikan sebagai tetamu kehormat setiap kali datang ke Malaysia atas urusan diplomatik?

Soal kemerdekaan ekonomi masih lagi membelenggu Malaysia.

Inilah yang penulis Anas Alam Faizli sebut dalam bukunya Malaysia Kaya, Rakyat Miskin . Rakyat masih lagi tidak bebas. Tidak bebas dari segi pendidikan untuk memacu ekonomi taraf hidup sendiri dan seterusnya negara ke arah yang lebih baik.

Isu kemiskinan bukanlah perkara yang baru lagi untuk dijadikan media arus perdana berpanas maklumat, membalah bahas dan mempersoalkan salah siapa.

Isu kemiskinan ini berada dalam lingkungan masyarakat itu sendiri. Negara yang aman, hasil daripada rakyat dan kehidupan mereka yang terpelihara.

Bagaimana hendak memeliharanya adalah dengan ekonomi sejagat.

Hak kesamarataan dan keadilan diutarakan dengan bukti-bukti statistik dan fakta menunjukkan analisa penulis seorang yang pemerhati yang membaca dan tahu apa yang masalah kemiskinan ini perlu dibendung dan dirapatkan jurang dengan si kaya dalam sistem pembinaan kapitalis.

Daripada isu Petronas, TPPA, mitos si kaya dan si siskin sehinggalah isu pendidikan yang meraikan pedagogi dan falsafah cinta untuk membuka ruang pembaca supaya memahami niat penulis untuk menterjemahkan apa yang cuba disampaikan.

Wacana mengenai “Lapan Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan Tinggi” merungkaikan fakta bahawa Malaysia adalah negara yang pada kasarnya tampak hebat tetapi di sebaliknya agak “miskin” dari segi sistem pendidikan.

Indeks GINI mempamerkan bahawa di Asia, Malaysia adalah negara ketiga dengan jurang kaya miskin yang paling lebar selepas Micronesia dan Papua New Guinea.

Hakikat sepahit hempedu yang perlu ditelan bila negara kita gah rupanya ada sisi-sisi kepincangan yang perlu dibawa ke sudut solusi kritikal. Permasalah ekonomi sudah jelas dan tidak disangkal. Mudah faham untuk umumnya dari segi kronologi bab.

Tinggalkan bab ekonomi, beralih pada bab pendidikan. Bab ini menjurus kepada sistem pendidikan Malaysia dan kes membaca.

Umum mengetahui, rakyat Malaysia boleh dikategorikan “malas” membaca. Input yang diperoleh mereka atau bahan capaian umum adalah picisan semata-mata untuk melihatkan gambaran keseluruhan tahap pemahaman rakyat Malaysia keseluruhannya adalah bersifat “surface”.

Majalah hedonisme dan horoskop lebih popular daripada bahan bacaan ilmiah. Novel cinta enteng banyak di pasaran dan dibeli ramai golongan remaja.

Gambaran sebegini melambangkan cara pemikiran rakyat kita. Masih di buai dengan keindahan jauh realiti.

Untuk kesan pendidikan yang mantap dalam jati diri seseorang, jelas, pemilihan bahan bacaan sangat penting untuk membentuk tahap kritis seseorang itu berfikir dan bertutur mempersoalkan ide penulisan yang dibacanya.

Proses ini boleh dicernakan lagi dengan mengadakan wacana-wacana ilmu, diskusi buku, “sembang kopi” dan berbagai lagi.

Mujurlah, sejak akhir-akhir pelaksanaan projek buku sudah terkembang hampir ke setiap pelosok ceruk negeri di Malaysia.

The Wakaf book, Projek Iqra, buku Jalanan TITIdan kolaborasi di antara penerbit buku indie juga sudah giat dijalankan untuk membukukan masyarakat.

Bukan sekadar akses buku dan pendidikan secara mudah dan langsung, bahkan merakyatkan masyarakat untuk membaca sudah tercambah oleh nilai kepentingan sejagat.

Mungkin, inilah yang ditonjolkan penulis buku, sinis dengan rakyat Malaysia kesan sikap mereka dan solusinya adalah gerakan-gerakan generasi muda bergiat aktif untuk memberi manfaat.

Konsep “plasticity” untuk tujuan pembelajaran saya pernah lihat bagaimana Zaliza Alias pengasas Genius Aulad menyampaikan ucap utama di Konvensyen Bidadari 2013, dengan tajuk “Dialah Ibu, Isteri dan Guru” bahawa didikan bermula daripada kanak-kanak.

Mencetuskan mereka untuk mendapatkan perhatian mereka untuk belajar dalam proses pembelajaran pelbagai.

Sebagai contoh, ibu dan anak belajar dan mempersoalkan apa yang dibuat seharian untuk melihat sisi kehidupan asbab musabab bukan sekadar praktikal sahaja tetapi untuk melatih mereka berfikir.

Teknik asas melentur buluh dari rebungnya diimplementasikan ke akar umbi.

Usaha Anas Alam Faizli ketika menggerakkan Teach For The Needs (TFTN) boleh mewujudkan kesamarataan golongan miskin untuk mendapat pendidikan yang setimpal sama seperti rakan mereka yang lebih jauh bernasib baik. Manifesto “Satu Rumah, Satu Graduan” telah terlaksana dengan pendidikan seawal yang mungkin dan program-program yang dijalankan di ceruk luar bandar khususnya.

Dan konsep TFTN ini lebih kepada psikologi dan bukan sekadar pengajaran semata-mata. Malahan, kerangka dasar TFTN adalah menggerakkan anak muda yang bersemangat aktivis.

“Sukarelawan itu tidak dibayar, bukanlah kerana tiada nilai dalam kerja mereka, tetapi kerana mereka tidak ternilai.”- Anas Alam Faizli

Dan, bagaimana figur yang membentuk Anas dalam menebarkan pandangan untuk memberikan manfaat kepada masyarakat?

Atok beliau mewariskan tiga prinsip suci yang tersemat kukuh dalam jiwa, daripada kanak-kanak sehingga dewasa: pendidikan, jaga perhubungan dengan manusia dan bermanfaat kepada orang lain.

Sisi-sisi inilah yang sebenarnya membentuk jiwa dan tahap pemikir seseorang dan bagaimana "isi" itu diluahkan melalui penulisan beliau.

Ringkas, iaitu memberi sebab-sebab dan akhirnya ide-ide solusi yang boleh digerakkan.

Moga orang yang membaca buku ini sekurang-kurangnya dapat menjentik hati dan minda fikir untuk terbuka dalam menilai sosio-ekonomi negara mereka sendiri, Malaysia.

Seterusnya, mengubah diri untuk ke arah pembaikan masyarakat yang mempertahankan hak kesamarataan sejagat.


NURLIYANA NAJWA MD RAZIB sedang melanjutkan ijazah sarjana dalam bidang Sains Nutrisi di Universiti Putra Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS