Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: Sidang khas Kelantan 29 Dis
Diterbitkan:  Dec 14, 2014 7:25 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Ketika penentangan keras dan berulang kali daripada DAP, Kelantan terus merancakkan usahanya untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menurut maklumat daripada kumpulan maya aplikasi WhatsApp kelolaan penerangan PAS, Kelantan akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas pada 29 Disember ini.

Ia antaranya bagi mengemukakan satu pindaan terhadap Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2014).

“Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ( kanan ) ia diadakan bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang,” menurut pemakluman itu.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob dan exco negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Bernama pada 30 November melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata, Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat pada bulan ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.

Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula dilaporkan berkata, kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS