Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar berkhemah dalam kampus, tuntut gugur tuduhan UM8

Selepas menduduki kawasan luar kampus selama lima hari, pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar, menuntut pihak berkuasa kampus menggugurkan tuduhan terhadap lapan pelajar yang dikenali sebagai UM8.

Mengiringi lebih 50 pelajar yang berkumpul di situ ialah pensyarah ekonomi dan pentadbiran Lee Hwok Ann.

Pelajar terbabit mendirikan sekurang-kurangnya lapan khemah di luar pejabat itu.

Sebagai sebahagian daripada protes mereka, kumpulan pelajar itu meletakkan patung dengan gambar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Rohana Yusof di atasnya, menggesa beliau bertemu dan menerima memorandum mereka pada jam 5 petang ini.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS