Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid membidas bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ekoran seruannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu dalam negara ini.

Mengakui beliau belum mengikuti kenyataan penuh Abdul Rashid dalam persidangan tahunan AGM NGO PERKASA semalam, Zahid berkata sepatutnya bekas pengerusi SPR menegur sewaktu berkhidmat dalam kerajaan.

"Masa dalam kerajaan, kenapa beliau tidak sebut (perkara tersebut).

"Adalah tu yang dia minta, dia tak dapat. Tulis tu (dalam laporan kamu)," kata Zahid dalam sidang medianya pagi ini yang diiringi ketawa kecil wartawan.

Bagaimanapun Zahid yang juga MP Bagan Datoh tidak menjelaskannya dengan lebih lanjut, sebaliknya mengakhiri sidang medianya.

Semalam, tanpa menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu, Abdul Rashid menyeru Najib berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” kata Abdul Rashid.

Beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”, kata Abdul Rashid.

Lihat Komen
ADS