Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Minggu lalu, seramai 25 orang “Melayu ternama” mencuri perhatian selepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kepimpinan terhadap suara-suara tidak tolerans dalam negara.

Minggu ini, seramai 33 orang sarjana Melayu, kebanyakannya profesor dalam pelbagai bidang, menggesa kerajaan membentuk sebuah “jawatankuasa tinggi”.

Ia bagi menyemak kembali dan meminda perlembagaan dengan memasukkan keperluan umat Islam selain mengukuhkan hak minoriti.

Dalam sidang media hari ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perlembagaan bukan tidak boleh berubah.

Bercakap bagi pihak sarjana-sarjana itu, katanya, jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada pakar perlembagaan Melayu dan bukan Melayu serta pakar undang-undang Islam dan bidang berkaitan.

Selain menyemak kembali perlembagaan, jawatankuasa itu juga dicadangkan membincangkan kelemahan dalam sistem kehakiman syariah negara dan membuat cadangan memperbaikinya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS