Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim sudah tidak penting lagi dalam suasana politik semasa dan bakal penggantinya perlu digarap daripada sekarang, kata ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan.

Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, beliau melihat menteri besar Selangor Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR, sebagai calon sesuai.

“Sekarang orang tua ini (Anwar) tak penting, sudah nak pupus.

“The next Anwar , (Anwar) dalam pembikinan adalah Azmin sebagai nombor dua (selepas Anwar).

“Tidak dapat dinafikan, dia (Azmin) juga menteri besar, dapat garapkan sebagai pemimpin seterusnya.

“(Beliau) ada potensi untuk bertanding dalam jawatan presiden akan datang,” katanya ketika ditanya berhubung kemungkinan pengganti Anwar jika ketua umum PKR itu kembali merengkok di penjara.

Anwar kini masih menunggu keputusan rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat kedua terhadapnya.

'Sudah tentu bukan Azizah'

Jayum (atas) juga melihat Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah, yang juga isteri Anwar, tidak akan dapat memikul tanggungjawab itu.

“Sudah tentu bukan Wan Azizah ( kiri ),” katanya lagi.

Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga berkata, walaupun situasi itu disedari pemimpin muda dalam Pakatan, mereka masih menjaga pertuturan kerana bimbang menyinggung perasaan Anwar.

“Ini bagus (kerana) menghormati orang tua. Tunggu orang tua mengundurkan diri atau diundurkan,” katanya

Lihat Komen
ADS