Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua pembangkang, Speaker cadang ADUN Jeram
Diterbitkan:  Dec 15, 2014 6:12 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), Hannah Yeoh mencadangkan Barisan Nasional (BN) negeri agar melantik anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro sebagai ketua pembangkang yang baru.

Beliau berkata Amiruddin merupakan calon yang layak menyandang jawatan itu berdasarkan senioriti dan kapasitinya sebagai ahli jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor (PAC).

Di bawah peraturan tetap DUN Selangor yang baru dipinda, ketua pembangkang juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor (PAC).

Jawatan ketua pembangkang Selangor kosong berikutan Datuk Mohd Shamsuddin Lias meletakkan jawatan pada 8 Dis lepas, kerana enggan menerima pelantikannya sebagai pengerusi PAC.

- Bernama

 

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS