Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya Melayu ke-26' jawab PERKASA
Diterbitkan:  Dec 15, 2014 6:16 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Rakyat Malaysia mengecam kembali kenyataan PERKASA berhubung “ratusan lagi” anggotanya yang lebih hebat daripada kumpulan “25 orang Melayu ternama” dengan memulakan petisyen atas talian.

Semalam, berucap di Persidangan Agung PERKASA, presidennya Datuk Ibrahim Ali ( bawah ) memperkecilkan kumpulan itu dengan berkata ratusan lagi anggota PERKASA lebih hebat berbandingnya.

Golongan 25 Melayu itu sebelum ini tampil dengan seruan kesederhanaan di samping mengkritik NGO lantang Melayu seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Petisyen bertajuk "I am#26" (Saya yang ke-26) itu boleh didapati di laman web Change.org.

“I am#26” atau bermaksud “saya di nombor ke-26” itu sebagai menyatakan setiakawan dengan 25 Melayu ternama itu.

Ia dibuat untuk semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan lapisan masyarakat.

Petisyen mensasarkan kutipan 500 tanda tangan dan kemudian akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang daripada penandatangan, Lyana Khairuddin dari Kuala Lumpur berkata, sebagai seorang warganegara Malaysia Melayu-Islam, beliau mahu Najib mengkaji semula undang-undang syariah kerana ia menyebabkan kekeliruan dalam bidang perundangan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS