Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tebusan: Polis gempur kafe di Sydney, 3 maut
Diterbitkan:  Dec 16, 2014 8:56 AM
Dikemaskini: 4:36 AM

Pasukan polis menggempur sebuah kafe di Sydney awal pada pagi Selasa dan membebaskan sejumlah tebusan yang ditahan selama 16 jam di mana tiga orang termasuk seorang penyerang terbunuh.

Sumber polis menamakan lelaki bersenjata itu sebagai Man Haron Monis, seorang pelarian Iran. Dia didakwa tahun lepas berkaitan dengan pembunuhan bekas isterinya.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata lelaki bersenjata itu juga dikenali pihak berkuasa dan mempunyai sejarah aktiviti pelampau dan masalah mental.

Tebusan yang ditahan di kafe Lindt di daerah pusat perniagaan di Sydney, dipaksa memaparkan bendera Islam, mencetuskan kebimbangan ianya serangan jihad di tengah-tengah bandar terbesar di negara itu.

Sekitar jam 2 pagi waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia hari Isnin), sekurang-kurangnya enam orang yang dipercayai menjadi tebusan, berjaya melarikan diri selepas bunyi tembakan kedengaran  dari kafe itu.

Polis menyerbu ke dalam kafe itu, dengan tembakan dan letupan  bergema dari bangunan itu.

"Mereka membuat serbuan itu kerana mereka percaya pada waktu itu jika mereka tidak bertindak, lebih banyak nyawa akan hilang," kata Andrew Scipione, Pesuruhjaya Polis bagi negeri New South Wales.

Satu siasatan akan menentukan sama ada tebusan telah dibunuh oleh lelaki bersenjata itu atau mati terkena tembakan ketika serbuan itu, kata Scipione kepada pemberita sebelum subuh.

Polis berkata, seorang lelaki berusia 50 tahun, dipercayai penyerang itu, terbunuh. Gambar televisyen menunjukkan dia bersenjatakan senapang patah.

Seorang lelaki berusia 34 dan seorang wanita berusia 38 tahun turut terbunuh, kata polis. Lelaki itu adalah pengurus kafe tersebut dan wanita itu ialah seorang ibu dan peguam, lapor media tempatan. Empat yang cedera, termasuk seorang anggota polis. [Baca berita penuh/asal]

Reuter


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS