Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS: Kelantan jangan berundur
Diterbitkan:  Dec 16, 2014 9:15 AM
Dikemaskini: 5:34 AM

Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap kenyataan agar Pakatan Rakyat membuat pendirian menolak hudud sebagai tidak matang dan lebih berbentuk provokasi terhadap PAS.

"Di dalam hal ini, PAS tidak perlu melayan provokasi," kata Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Sebaliknya, kata Ahmad, kerajaan Kelantan wajib terus mara ke hadapan ke arah "memastikan undang-undang ini dapat dikuatkasakan sepenuhnya".

"Kita mengharapkan kerajaan Kelantan tidak berundur ke belakang dalam isu ini," kata Ahmad (kiri) dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut mengalu-alukan pengumuman menteri besar Kelantan bahawa satu Sidang DUN Khas akan diadakan bagi membincangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2014 pada 29 Disember 2014.

Ahmad melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak agar Pakatan membuat satu pendirian menolak hudud jika ingin merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang.

"Saya suka ingin mengulangi pendirian Pemuda PAS Kelantan bahawa hudud merupakan di antara agenda teras perjuangan PAS khususnya di Kelantan.

"Di negeri Kelantan, undang-undang hudud ini telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri semenjak tahun 1993 lagi iaitu 15 tahun sebelum wujudnya Pakatan pada tahun 2008.

"Justeru, DAP sendiri tentunya menyedari pendirian PAS di dalam isu hudud sebelum bersetuju untuk bersama dalam gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS