Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aliran wang haram RM171.11b pada 2012
Diterbitkan:  Dec 16, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 4:06 AM

Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan pemantau aliran wang haram Integriti Kewangan Global (GFI).

Laporan yang dikeluarkan hari ini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.

Laporan GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad, menyebut pengaliran keluar wang haram itu berlaku dalam bentuk rasuah, lari daripada cukai dan jenayah.

Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding 2011.

Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20 bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.

Bagaimanapun, angka tahunan menunjukkan trend penurunan, turun kepada RM181.19 bilion (AS$52.05 bilion) pada 2011 dan RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) pada 2012.

Malaysia kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal tetapi kedudukannya bertambah baik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS