Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sidang DUN hudud alih isu 1MDB'
Diterbitkan:  Dec 16, 2014 11:55 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Adakah langkah 'mengejut' untuk mengadakan sidang khas DUN mengenai hudud oleh kerajaan PAS Kelantan adalah usaha untuk mengalih skandal 1MDB?

Soalan itu ditimbulkan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya.

Dalam kenyataannya, beliau merujuk jadual sidang khas itu yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada 29 Disember ini berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di negeri itu.

"Saya merujuk kepada langkah kerajaan PAS Kelantan yang memanggil sidang khas DUN untuk membentangkan pindaan berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud.

"Langkah itu secara tiba-tiba diumumkan dalam sidang media pada Ahad oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

"Ini aneh kerana pengumuman itu dibuat sewaktu Umno dan BN ditekan hebat berhubung skandal 1MDB.

"Kenapa begitu mendadak? Dan mengapa perlu mengadakan sidang khas untuk menguruskan perkara ini?" soal Latheefa ( atas ).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS