Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno Selangor dan presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak harus mendengar teguran dan melakukan perubahan drastik jika ingin merampas kembali negeri itu, kata penganalisis politik. 

Ini termasuklah teguran yang dibuat oleh mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang mahukan pemimpin Umno Selangor berundur selepas dua penggal tewas kepada Pakatan Rakyat.

“Umno memerlukan satu perubahan besar, selagi tak lakukan perubahan yang besar dari semua aspek tidak ada harapan untuk Umno Selangor mengambil alih Selangor.

“Rakyat sendiri mahu melihat perubahan. Umno Selangor mesti tampilkan perubahan dan berubah dengan cara dan pencapaian yang menarik dan boleh menandingi pembangkang,” kata Ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak.

Mahathir pada 5 November lalu menulis dalam blognya dengan berkata, pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur.

Umno Selangor dipimpin oleh Najib semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Ketika dihubungi  Malaysiakini,  Mustafa juga berkata, masih banyak perkara perlu diubah oleh Umno Selangor, termasuk dari segi kepimpinan.

“Umno Selangor belum belum cukup bersedia untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya.

“(Jika tidak berubah) jadi kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) tidak akan gerun, rakyat tidak yakin.”

 

Lihat Komen
ADS