Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Polis bertanggungjawab jamin siasatan yang adil'
Diterbitkan:  Dec 17, 2014 3:55 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata polis tidak boleh tergesa-gesa menjalankan siasatan semata-mata untuk memuaskan hati pengkritik.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, beliau berkata  tugas pengkritik adalah mengkritik, "tetapi saya ada kewajipan untuk memastikan siasatan yang adil dan menyeluruh".

Khalid berkata, mereka boleh kata apa yang mereka suka tetapi menegaskan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi.

Khalid berkata demikian bagi menjawab kritikan bahawa polis mengambil masa dalam siasatan terhadap perwakilan Wanita Umno, Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata polis perlu mengikut prosedur dalam semua siasatan mereka dan kenyataan mesti direkodkan daripada pihak-pihak berkenaan, sebelum kertas siasatan boleh diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Katanya, ini dilakukan dalam semua kes, sama ada ia melibatkan ahli politik atau orang lain.

Polis, katanya, tidak boleh tergesa-gesa semata-mata untuk memuaskan hati pengkritik dan berdepan risiko menjejaskan integriti penyiasatan.

Mengenai siasatan terhadap Mashitah, Khalid berkata ia masih lagi dijalankan dan ada banyak lagi kenyataan untuk direkodkan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS