Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bantahan “Occupy UM” yang berlangsung sejak 10 Disember lalu berakhir semalam selepas enam hari berkhemah di luar pintu masuk kampus utama Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur.

Jurucakapnya, Safwan Shamsudin (kanan) berkata, usaha itu bagaimanapun tidak terhenti setakat itu sahaja kerana akan mengemukakan tuntutan berhubung tindakan UM ke atas lapan siswa terbabit ke mahkamah.

Katanya, mereka akan memohon semakan kehakiman ke atas peruntukan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka oleh UM.

“Kita mahu buat semakan kehakiman untuk menentukan kesahan kaedah dan (peruntukan) AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), yang bercanggah dengan hak bersuara dan berkumpul

“(Ini) supaya mahkamah boleh mengakui AUKU ini bercanggah dengan hak bersuara tersebut.

"Kami (ingin) lawan supaya generasi akan datang tidak dikenakan tindakan yang sama seperti kami,” kata pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya itu.

Katanya, mereka tiada jalan lain selepas pertemuan “Occupy UM” dengan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin pada hari Isnin lalu tidak membuahkan hasil.

“Kami sudah berjumpa naib canselor, keputusan tidak menyebelahi kami, jadi kami akan membawa perkara ini ke mahkamah.

“Naib canselor berdolak dalih dan sengaja lepas tangan," dakwanya.

Safwan juga berkata, perkhemahan itu dihentikan bagi memberi ruang kepada para pelajar yang perlu menjalani peperiksaan buat masa ini.

(Dalam masa yang sama) sekarang ini pelajar (sedang menjalani) peperiksaan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Pertemuan itu bagi menuntut agar kesemua tuduhan ke atas lapan mahasiswa  yang digelar “UM8” itu digugurkan.

Mereka dikenakan tuduhan dan tindakan tatatertib itu susulan penganjuran ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus pada 27 Oktober lalu tanpa kebenaran universiti.

Lihat Komen
ADS