Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita utama, newsmaker 2014 - anda pilih
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 11:32 AM

Menjelang hujung bulan Disember ini, menjadi tradisi Malaysiakini untuk bersama-sama para pembacanya mengimbau kembali berita terbaik dan terburuk sepanjang tahun ini.

Pelbagai kejadian berlaku! Termasuk yang tak terduga oleh kita - kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan empat bulan kemudiannya, sebuah lagi pesawat MAS ditembak jatuh, yang mengorbankan 537 nyawa.

 

Tragedi lain termasuklah kematian ahli politik veteran Karpal Singh dalam nahas jalan raya. Turut menjadi tumpuan utama termasuk siri tangkapan di bawah Akta Hasutan, rampasan Alkitab dari gereja, Langkah Kajang yang membawa kepada krisis menteri besar Selangor, pendengaran kes Liwat II, serangan tidak berhenti-henti oleh PERKASA/ISMA dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

 

Seperti tahun lepas, kami menyerahkan kepada pelanggan Malaysiakini untuk memutuskan 10 berita terbaik bagi 2014. Terdapat 24 kategori berita disusun mengikut abjad untuk undian tahun ini.

 

Pengundian dilakukan dengan menunjukkan keutamaan pilihan bagi setiap tajuk - '0' yang terendah dan '10' paling tinggi. Anda boleh memberikan nilai yang sama untuk lebih daripada satu tajuk.

 

Teruskan membuat pilihan anda sebelum kita melangkah ke tahun 2015.

 

Dan juga jangan lupa untuk mengundi 'Newsmaker of the Year'.

 

Sebagai penduan, Newsmaker tidak semestinya individu yang paling popular, tetapi seseorang yang secara konsisten menjadi tajuk berita, dan dalam berbuat demikian, memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, sama ada bagi ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Pada tahun ini, terdapat 12 calon. Buatlah pilihan anda. Hanya pelanggan berbayar boleh mengundi dan setiap seorang mempunyai satu undi. Pengundian berakhir pada tengah malam 26 Disember, dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Disember.

 

Klik di sini untuk mengundi.

Lihat Komen
ADS