Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri jangka harga minyak turun 1 Jan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau menjangkakan harga petrol RON97, RON95 dan diesel akan turun bila tibanya 1 Januari tahun depan.

Beliau bagaimanapun berkata, masalahnya apabila harga barang tidak turun.

Justeru, beliau menggesa ahli perniagaan supaya bertanggungjawab dengan menurunkan harga barang kerana kos mereka berkurangan dengan penurunan harga minyak.

Katanya, jika berlaku penurunan seiring harga minyak dan barang, indeks kegembiraan pasti akan meningkat.

Beliau berkata demikian dalam pelancaran strategi korporat baru Malaysia Debt Ventures Bhd hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS