Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selain Allah, hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang boleh menentukan prestasi beliau dan dua naib presiden Umno, kata Datuk Seri Zahid Hamidi.

“(Soal) penilaian, yang paling berhak adalah perdana menteri sendiri.

"Bagaimanapun, saya menghormati pandangan ahli akademik,” kata naib presiden Umno itu yang juga menteri dalam negeri itu.

Dua lagi penyandang jawatan naib presiden Umno ialah Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala perlembagaan Umno meletakkan penyandang jawatan ketua Wanita dan Pemuda Umno bertaraf naib presiden. 

Beliau diminta mengulas pandangan ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan bahawa  naib presiden Umno belum layak menggantikan tempat Najib kerana belum mencapai standard.

Jayum ( kanan ) pada 15 Disember berkata, Umno perlu membina barisan kedua kepimpinan naib presiden itu terlalu cepat “berdialog” dan “bertindak” dalam sesuatu isu.

Sedangkan, tambahnya, orang yang mempunyai kebijaksanaan selalunya menjadi pihak terakhir mengulas sesuatu itu.

Isu itu timbul selepas mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata ramai pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi tidak diberi peluang.

Lihat Komen
ADS