Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki berparang samun 7 sekeluarga
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 9:58 PM
Dikemaskini: 2:02 PM

Tujuh sekeluarga mengalami kerugian kira-kira RM50,000 setelah disamun empat lelaki bersenjatakan parang panjang di kediaman mereka di Taman Bukit Tinggi, Kampung Baru Bukit Tinggi, dekat Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata, kejadian berlaku pukul 10.40 pagi ketika keluarga berkenaan sedang berehat di dalam rumah.

"Mereka sekeluarga terkejut apabila mendapati empat lelaki bertopeng, bersarung tangan serta memakai topi dengan bersenjatakan parang panjang berada di dalam rumah mereka dan telah bertindak mengikat tangan lima daripada

mangsa.

"Penjenayah berkenaan bagaimanapun tidak berbuat demikian terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia setahun serta dua tahun dan hanya mengumpulkan mangsa di dalam sebuah bilik sebelum menggeledah rumah itu," katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.

Kesemua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang diletakkan di halaman rumah tersebut.

Beliau berkata, mangsa yang berjaya melepaskan diri selepas itu kemudian bertindak menghubungi polis dan siasatan awal polis mendapati keluarga tersebut mengalami kerugian kira-kira RM50,000 setelah kehilangan barangan kemas, tiga beg berjenama, sebuah komputer riba, tiga buah telefon bimbit, serta wang tunai

sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, katanya dalam kejadian itu juga kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS