Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Henti berpura-pura tentang Kidex dan Dash'
Diterbitkan:  Dec 19, 2014 10:28 AM
Dikemaskini: 2:45 AM

Penduduk yang terjejas dengan dua cadangan projek pembinaan lebuh raya di Selangor, mempersoalkan niat kerajaan negeri untuk memasukkan lebuh raya tersebut dalam kajiannya walaupun mendapat bantahan.

Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) dan Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (Dash) dimasukkan dalam pelan struktur Selangor 2035, yang dibuka untuk semakan awam semalam sehingga 9 Januari 2015.

"Kami ingin mengingatkan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat bahawa mereka menyingkirkan MB sebelumnya kerana Kidex.

"Hentilah berpura-pura dan cakap terus terang. Anda membuat rakyat membantah berkali-kali, "kata penduduk berkenaan dalam satu kenyataan bersama dari dua kumpulan - Say No to Kidex (SNTK) dan Say No to Dash (SNTD).

"Berapa kali kita perlu beritahu anda bahawa kami tidak mahu lebuh raya itu melalui bandar kami dan kawasan sekitarnya," kata kenyataan itu.

Jurucakap kumpulan penduduk tersebut - ahli jawatankuasa SNTK, Mak Khuin Weng dan Michelle Wong (SNTD) - berkata langkah memasukkan lebuh raya lain dalam pelan tersebut juga menunjukkan kerajaan negeri cenderung terhadap lebuh raya, walaupun janji pilihan raya 2013 Pakatan Rakyat menolak jalan raya bertol.

Kumpulan itu juga menolak penjelasan ADUN Bukit Gasing, R Rajiv, yang berkata bahawa langkah memasukkan Kidex dan Dash itu adalah hanya sebahagian daripada proses konsultasi awam, dan tidak bermakna ia diluluskan.

Rajiv (kanan) , yang menjelaskan kepada penduduk bagi pihak Azmin, juga telah berkata ia adalah untuk mematuhi cadangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Rajiv juga berkata, takkanlah Azmin dapat meneliti kesemua 700 muka surat pelan struktur itu.

Penjelasan itu juga ditolak oleh SNTK dan SNTD, yang berkata bahawa dokumen itu telah melalui pelbagai semakan oleh pegawai negeri dan mereka tidak boleh terlepas pandang.

Malah, kata mereka, seandainya berlaku terlepas pandang, masakan MB tidak marah kerana beliau telah dikhianati oleh kakitangannya dan patut mengarahkan satu siasatan dibuat, dan menangguhkan dulu proses bantahan awam.

Semakan awam itu juga merupakan sebahagian daripada rancangan bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercanggah dengan perbincangan mereka dengan Azmin, kata mereka.

"Tak bolehkah proses itu ditangguhkan sehingga dan selepas sudah ada keputusan tegas mengenai Kidex dan penjajaran Dash dan semua syarat pra-kelulusan dipenuhi?" soal Mereka.

Azmin semalam mengumumkan tempoh bantahan awam terhadap pelan struktur Selagor 2035, dan berjanji akan memberi pertimbangan kepada semua maklum balas.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS