Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan fail rayuan kes IC remaja
Diterbitkan:  Dec 22, 2014 11:30 AM
Dikemaskini: 4:20 PM

Masa depan M Navin, 16, seorang remaja yang bapanya rakyat Malaysia dan ibunya rakyat Filipina, masih tidak menentu.

Ini ekoran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lepas supaya remaja itu diberi MyKad.

Peguam Navin - Annou Xavier - memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima salinan notis rayuan dari Pejabat Peguam Negara hari ini.

"Ini merupakan hari yang sedih kerana kerajaan mengambil keputusan untuk merayu," katanya.

Notis rayuan difailkan 30 hari selepas penghakiman dan berikutan itu, hakim akan memberi penghakiman bertulis.

Pejabat Peguam Negara kemudiannya akan mengemukakan alasan rayuan.

Pada 25 November, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan JPN dan kementerian supaya mengeluarkan MyKad itu selepas memutuskan bahawa keputusan mereka untuk tidak memberikan Navin kerakyatan adalah tidak wajar.

Navin diberi sijil kelahiran dan pasport antarabangsa sebelum ini, tetapi mereka membatalkannya pada 21 Julai 2010 berdasarkan Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan berhubung "keadaan tertentu" dengan alasan bahawa bapanya tidak mendaftar perkahwinannya.

Berikutan itu, Navin memfailkan saman pada Disember tahun lepas di mana dia memohon pengisytiharan bahawa dia adalah warganegara Malaysia dan untuk JPN mengeluarkan MyKad kepadanya.

Hakim Hue Siew Kheng, dalam keputusannya mengarahkan pihak berkuasa mengeluarkan Mykad kepada Navin dalam tempoh 30 hari.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS