Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes runtuhan projek LRT: Satu mayat ditemui
Diterbitkan:  Dec 24, 2014 6:38 PM
Dikemaskini: 2:45 PM

Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.

Satu mayat ditemui pada kira-kira jam 10 malam ini, menurut kenyataan awal Prasarana (M) Bhd.

Terdahulu, firma itu menyebut, para penyelamat berusaha menyelamatkan dua pekerja warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia, menurut kenyataan itu.

Seorang lagi pekerja yang dikhuatiri turut tertimbus ditemui dalam keadaan baik di rumah kongsi pekerja, menurut kenyataannya lewat malam ini.

"Usaha mencari dan menyelamat dengan bantuan Emergency Response Team, termasuk pasukan polis serta bomba dan penyelamat sedang berjalan untuk mencari dua lagi pekerja," kenyataan itu dipetik.

Pengarah jabatan projek pembangunan Prasarana, Datuk Zohari Sulaiman dalam kenyataan itu menyebut, punca kejadian masih disiasat

Pasukannya serta firma perunding, Opus-Ace Vector Consortium, HSS Integrated Sdn Bhd, serta kontraktor, Fajarbaru Builder Sdn Bhd akan membantu siasatan, katanya.

Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.

Prasarana menguruskan projek sambungan LRT itu.

Dalam kenyataan terdahulu, firma itu menjelaskan bahawa, acuan dan perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak ( deck slab ).

Selain tiiga orang yang dipercayai maish terperangkap setakat ini, empat lagi mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.

Pada Ogos lalu, tiga orang pekerja Bangladesh maut akibat ditimpa struktur konkrit seberat 300 tan di tapak projek MRT di Kota Damansara.

29 Mac, 2013 – Seorang pemandu terbunuh dan seorang lagi cedera ditimpa projek pembinaan dari sebuah kren di tapak projek LRT berhampiran lapangan terbang Subang.

24 Jun, 2014 – satu blok keluli menimpa sebuah kenderaan mengakibatkan kecederaan kepada pemandu tersebut di tapak projek MRT di Pusat Bandar Damansara.

26 Jun, 2014 – Dua orang dalam sebuah kenderaan cedera akibat ditimpa beberapa rod keluli di tapak projek LRT, Jalan Lapangan Terbang Subang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS