Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fathul tegur LGE, 'jangan laga saya dengan bangsa Cina'
Diterbitkan:  Dec 25, 2014 3:38 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Ahli exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya menegur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya tidak melagakannya dengan masyarakat Cina.

Lim didakwa berbuat demikian ketika menjawab tweet Fathul Bari mengenai penutupan restoran nasi kandar terkenal Line Clear.

Fathul Bari, dari Pulau Pinang, bertanya kepada Lim sama ada benar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menutup restoran itu di George Town pada 1 Januari 2015.

Menurut Fathul Bari, Line Clear telah berniaga selama 65 tahun.

Lim bagaimanapun menjawab dengan berkata Fathul Bari cuba membuat fitnah kerana dia seorang Cina.

"Pemimpin Umno@ustazfathulbari ini bermati2an fitnah kerana saya Cina sampai masalah keluarga Line Clear ialah salahku tutupnya, Fitnah!"

Fathul Bari menjawab bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan orang Cina, dan bahawa beliau mempunyai ramai kawan Cina.

"Kami saling hormat menghormati, YAB jangan lagakan saya dengan bangsa Cina," katanya.

Pertikaian berhubung pengiliran pengurusan di Line Clear telah memaksa MPPP mengeluarkan kata dua kepada empat rakan kongsinya, pada bulan Jun tahun ini.

MPPP mengarahkan mereka menyelesaikan pertikaian itu dalam masa dua minggu atau ditutup kerana tiga rakan kongsi telah mendirikan gerai di lorong belakang berhampiran restoran itu di Jalan Pulau Pinang, menyebabkan keadaan semak dan tidak bersih.

MPPP telah diberitahu bahawa salah seorang daripada empat rakan kongsi itu enggan mematuhi perjanjian tahun 1950-an, di mana mereka akan bergilir-gilir setiap tahun untuk mengendalikan restoran itu.

Oktober lalu, The Star melaporkan bahawa MPPP bersetuju untuk mengeluarkan lesen penggiliran kepada empat sepupu itu yang telah terlibat dalam pertikaian berhubung pemilikan Line Clear.

Lesen itu akan dikeluarkan setiap tahun kepada mereka secara bergilir-gilir selama 12 tahun mulai tahun depan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS