Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN PKR Inanam tak jadi berhenti
Diterbitkan:  Dec 25, 2014 8:22 PM
Dikemaskini: 4:14 PM

Dr Roland Chia hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Inanam.

 

Chia berkata beliau telah berbincang dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokong serta pemimpin atasan PKR, ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Azmin Ali.

 

Katanya, mereka menggesanya supaya terus memegang berkhidmat sebagai wakil rakyat Inanam.

 

"Oleh itu, saya telah memutuskan untuk meneruskan tugas saya sebagai ADUN PKR Inanam," kata Chia dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk melepas jawatan tersebut kerana bimbang tidak mampu berkhidmat kerana masalah kesihatannya.

Rabu lalu Chia menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau akan melepaskan jawatan ADUN Inanam atas sebab-sebab kesihatan.

 

Sekiranya Chia meletak jawatan, pilihan raya kecil akan diadakan di Sabah.

 

Chia memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,202 undi dalam pilihan raya umum 2013 dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon PBS dan SAPP.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS