Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keadaan banjir di K'tan dibawa ke Kabinet
Diterbitkan:  Dec 26, 2014 7:38 AM
Dikemaskini: Dec 26, 2014 2:39 AM

Keadaan banjir teruk yang melanda beberapa negeri khususnya di Kelantan akan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi bpdan Perhubungan Umno Kelantan berkata pihaknya akan mengumpulkan maklumat terperinci terlebih dahulu mengenai bencana itu sebelum dibentangkan di kabinet.

"Banyak yang akan kita laporkan (mengenai banjir) bila diadakan mesyuarat kabinet. Saya dan beberapa menteri yang terlibat akan kumpul maklumat untuk kita perbaiki (dalam menangani banjir)," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil di Kuala Krai semalam.

Mustapa mengakui terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan bencana di negeri ini kerana kejadian banjir yang berlaku kali ini adalah di luar jangkaan.

"Ada perkara yang perlu diperbaiki iaitu aset yang tidak mencukupi kerana tiada siapa sangka banjir akan serius seperti ini.

"Ini benda luar jangkaan dan ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki walaupun tidak diisytiharkan darurat, ini bencana alam yang besar," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS