Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kronologi hilangnya pesawat AirAsia
Diterbitkan:  Dec 28, 2014 5:49 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan kronologi dan status pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pagi tadi.

Berikut maklumat daripada ketua komunikasi awam kementerian, JA Barata dalam kenyataannya di Jakarta hari ini, seperti dilaporkan agensi berita nasional Indonesia Antara :

  1. Pesawat AirAsia QZ8501 berangkat dari Surabaya pada pukul 05.36 (waktu Indonesia barat atau WIB).

 

  • Pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan mengikuti laluan penerbangan M-635.
  •  

  • Pesawat menghubungi Pusat Kawalan Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12 (WIB) pada ketinggian FL.320 pada frekuensi 125.7MHz.
  •  

  • Ketika perhubungan, ATC Radar Jakarta mengenal pasti pesawat pada layar radar dan pesawat menyatakan menghindari awan ke arah kiri dari M-635 dan meminta naik ke ketinggian 38.000 kaki (FL.380).
  •  

  • Pada pukul 06.16 WIB pesawat masih kelihatan di layar radar dan pada pukul 06.17 WIB hanya kelihatan signal ADS-B, sekali gus hilang perhubungan dengan ATC.
  •  

  • Pada pukul 06.18 WIB sasaran hilang daripada radar, hanya kelihatan "flight plan track".
  •  

  • ATC menyatakan INCERFA atau tahap awal pesawat hilang perhubungan pada pukul 07.08 WIB.
  •  

  • ATC menyatakan ALERFA atau tahap lanjut pesawat pada pukul 07.28 WIB, dan pernyataan DETRESPA atau pernyataan pesawat hilang pada pukul 07.55 WIB.
  •  

  • Pada pernyataan INCERFA dan seterusnya, kumpulan mencari dan menyelamat sudah sedia maklum.
  • Lihat Komen
    ADS