Ribut tropika yang bergerak lagu ke arah utara Sabah, dan yang diramalkan akan melanda kawasan Pantai Timur yang sedang dilanda banjir hari Sabtu dengan kelajuan tiupan 55kph, telah berubah haluan.
Ribut tropika 'Jangmi', yang semalam mengumpulkan kekuatan sehingga 74kph, telah menjadi lemah selepas melintasi dari selatan Filipina ke Laut Sulu, menurun kepada 46kph.
Satu ramalan laluan ribut itu kini menunjukkan ia mungkin hilang esok, sekitar 300 km ke timur laut Sandakan.
Berikutan pemerhatian sehingga pukul 11 pagi ini, Jabatan Meteorologi berkata ribut boleh menjana ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman), Labuan dan Sarawak.
Ribut tersebut kini dikelaskan sebagai depresi tropika tetapi masih merbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Jangmi telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 mangsa di Filipina, selepas mengakibatkan berlakunya tanah runtuh dan banjir teruk.
