Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
T'ganu hantar sukarelawan ke K'tan
Diterbitkan:  Jan 2, 2015 2:19 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Terengganu akan menghantar anggota Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) ke Kelantan untuk menghulur bantuan pasca banjir, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata anggota sukarela gabungan 30 persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan dihantar ke Kelantan setelah selesai kerja membantu mangsa banjir di negeri ini.

"Sebagai tanda permuafakatan tanpa memilih latar belakang politik, kita tidak akan membiarkan mangsa banjir di Kelantan begitu sahaja, hari ini Kelantan teruk banjir, esok mungkin kita pula," katanya selepas melancarkan Skuad Sukarelawan TTB di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok 2 di Kemaman, hari ini.

Katanya sebagai persediaan menghadapi banjir pada masa akan datang, anggota sukarela TTB akan diberikan latihan asas untuk menghadapi bencana alam itu.

Menurutnya banjir di Terengganu dijangka pulih sepenuhnya dalam beberapa hari lagi, namun kerajaan negeri sentiasa berjaga-jaga kalau banjir kembali melanda.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS