Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Perak harap lebih banyak sumbangan
Diterbitkan:  Jan 2, 2015 2:34 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menunjukkan keprihatinan dalam menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

"Tindakan rakyat Malaysia begitu pantas mengumpulkan sumbangan dan saya bangga dengan semangat solidariti yang ditunjukkan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan berjumlah RM1.1 juta untuk Tabung Bencana Banjir Perak daripada beberapa pihak di Ipoh, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata keadaan banjir di Perak dijangka bertambah baik minggu ini apabila air yang bertakung mula mengalir ke sungai dan seterusnya ke laut.

"Semalam sewaktu bersama Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meninjau Kawasan Hulu Perak dan Hilir Perak, kita mendapati aliran air mula mengalir dengan pantas disebabkan ketiadaan hujan," katanya.

Setakat hari ini, seramai 7,513 mangsa banjir daripada 2,066  keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan di lima daerah di negeri ini.

Daerah yang terjejas ialah Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Manjung dan Hilir Perak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS