Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian serah pada polis untuk siasat
Diterbitkan:  Jan 2, 2015 3:57 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes tembakan membabitkan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, Rabu lepas.

    

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian terhadap kes tersebut kerana akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

    

"Buat masa ini kita tak tahu, tak boleh syak sesiapa walaupun saya sedia maklum dalam KOM tahap politiknya begitu tinggi," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kepada masyarakat Siam di Kampung Teresek, di Rantau Panjang hari ini.

    

Dalam kejadian itu, Noorul Ariffin cedera ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh ketika dia baru sahaja pulang dari surau berdekatan.

    

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang dilaporkan sebagai berkata hasil soal siasat, mangsa dikatakan pernah menerima ugutan kira-kira sebulan yang lepas.

    

Bagaimanapun, katanya motif kejadian masih dalam siasatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS