Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pulangkan cetakan terjemahan al-Quran Yayasan Felda
Diterbitkan:  Jan 2, 2015 4:37 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Yayasan Felda meminta umat Islam yang memiliki cetakan pertama al-Quran terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris - Mushaf Al-Mukminin Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani) terbitan yayasan itu agar memulangkan semula bagi diganti dengan naskhah baru.

    

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cetakan pertama naskhah al-Quran itu boleh dipulangkan semula kepada Yayasan Felda atau pejabat Felda berhampiran.

    

Beliau berkata naskhah al-Quran berkenaan perlu dipulangkan memandangkan terdapat kesilapan tidak disengajakan pada cetakan pertama namun begitu kesilapan itu telahpun diperbetulkan pada cetakan kedua.

"Kami juga telah membuat pengumuman pada awal cetakan edisi pertama supaya memaklumkan kepada kami jika ada kesalahan ayat atau terjemahan maksud sehinggalah isu ini ditimbulkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    

Mohd Isa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tabloid hari ini mengenai teguran pembaca al-Quran berkenaan yang mengesan kesalahan pada ayat lapan Surah Yusuf dan pada Surah Al-An'am ayat 116 dan 117.

    

Beliau berkata Felda memohon maaf atas kesilapan itu dan tidak sama sekali berniat mahu menyinggung perasaan umat Islam.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS