Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kapal berlanggar: 4,500 tan minyak tumpah
Diterbitkan:  Jan 3, 2015 9:46 AM
Dikemaskini: 1:56 AM

Dua syarikat pengendali tumpahan minyak telah digerakkan untuk mengawal tumpahan minyak selepas pelanggaran kapal tangki "Alyarmouk" yang didaftarkan di Libya dan kapal pengangkut pukal "Sinar Kapuas" yang didaftarkan di Singapura, pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, syarikat itu menghantar empat kapal yang dilengkapi dengan pemecah, perangkap dan pengumpul tumpahan minyak ke kawasan terlibat.

Alyarmouk sedang dalam pelayaran dari Tanjung Pelepas, Malaysia ke China, sementara Sinar Kapuas dalam perjalanan dari Hong Kong ke Singapura, apabila kemalangan berlaku di perairan Singapura, kira-kira 11 batu nautika ke timur laut pulau Pedra Branca.

 

Pengurus kapal Alyarmouk – V Ships UK Ltd – menganggarkan bahawa 4,500 tan, minyak mentah Madura tertumpah dari kapal tangki itu.

Berdasarkan keadaan cuaca dan arus pasang surut, tompokan minyak mungkin mengalir hingga ke bahagian utara Pulau Bintan, Indonesia.

MPA juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal bersama tumpahan minyak di Selat Melaka dan Singapura, serta menawarkan bantuan dalam operasi membendung tumpahan minyak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS