Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gotong-royong perdana bersihkan K'tan
Diterbitkan:  Jan 3, 2015 6:46 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan gotong-royong perdana membersihkan sampah sarap di beberapa jajahan yang terjejas akibat banjir esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mesyuarat diadakan bersama semua pegawai daerah hari ini bagi tujuan pelaksanaan gotong-royong berkenaan.

Gotong-royong itu akan ditumpukan di kawasan bandar dan taman perumahan sebelum diteruskan ke kawasan lain, katanya kepada Bernama.

Abdul Fattah berkata aktiviti itu akan melibatkan beberapa pihak termasuk syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pertubuhan bukan kerajaan.

"Kita amat mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak yang boleh menambah jumlah jentolak dan lori untuk mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan," katanya.

Mengenai air yang dibekalkan AKSB, beliau berkata berikutan tekanan air masih rendah, penggunaan air lebih diutamakan untuk kegunaan asas seperti memasak dan minum.

- Bernama

Lihat Komen
ADS