Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sejak bila ada kerjasama dengan bawah tanah?'
Diterbitkan:  Jan 4, 2015 2:24 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membangkitkan persoalan sama ada rakyat Malaysia lain boleh mendapatkan surat sokongan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi seperti Paul Chua, yang didakwa 'raja judi' dan berdepan pertuduhan di Amerika Syarikat.

Dalam siri tweet ahli parlimen itu, beliau menyindir Zahid dan pihak berkuasa kerana ‘mesra rakyat’ kerana menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi menjelaskan bahawa Phua bukan anggota kongsi gelap 14K.

“Menteri membetulkan laporan PDRM kepada FBI.

"Beliau meletakkan profesional polis dalam keadaan meragukan, itu yang perlu dijelaskan kepada masyarakat.

“Sejak bila kerajaan Malaysia bekerjasama dengan raja judi dawah tanah. Ini (perkara) baru kepada saya, kerajaan perlu jelaskan,” tulisnya di twitter.

Dalam surat itu, Zahid ( atas ) dilaporkan berkata Phua telah membantu kerajaan Malaysia dalam keselamatan negara.

Sim juga meminta Zahid menerangkan bagaimana Phua membantu Zahid dalam keselamatan negara.

"Ramai yang bertanya soalan ini," soal Sim.

Peguam: Shafee jurucakap Bukit Aman?

Sementara itu, NGO Lawyers for liberty (LFL) turut membidas penjelasan peguam Phua, Tan Sri Shafee Abdullah mengenai perkara itu semalam.

"Adakah Shafee sekarang juga jurucakap bagi Zahid dan Bukit Aman?" tulis NGO itu dalam akaun Twitter mereka.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan Zahid sebagai enggan mengulas perkara itu ketika ditanya pemberita di Putrajaya semalam dan  beliau akan membuat sidang media berkaitan perkara itu pada masa lain.

Manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ( atas ) ketika ditanya Malaysiakini juga enggan mengulas berhubung dakwaan polis membuat silap dalam laporannya berkaitan warganegara Malaysia itu, yang didakwa sebahagian daripada jaringan kongsi gelap antarabangsa.

Ini kerana, kata Khalid, kes itu sedang didengar di mahkamah Amerika Syarikat.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen
ADS