Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bilik bantuan banjir PKR di Perak yang terbakar pada Jumaat, sehari selepas dilancar, kini dibina semula di kawasan berdekatan bagi meneruskan misinya.

“Kami mendapat tempat baru di kawasan berdekatan,” kata Ketua Pemuda PKR (AMK) Tan Kar Hing kepada Malaysiakini .

Walaupun semua barangan bantuan berupa  keperluan sekolah dan makanan semuanya hangus, mereka kini menerima sumbangan baru daripada orang ramai yang prihatin.

“(Masih) banyak sumbangan yang orang hantar, mungkin (bilik operasi yang baru) akan beroperasi dalam satu dua hari lagi,” katanya lagi.

Sehingga kini punca kebakaran masih disiasat dan jumlag kerugian masih belum dapat dipastikan nilainya, kata Tan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai.

Dalam kejadian tengah hari kelmarin itu, pusat operasi PKR di Bota Kanan itu terbakar dalam kejadian yang turut melibatkan empat buah kedai sederet dengannya.

Kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kerugian besar kepada pekedai-pekedai.

Tan berkata, pusat itu digunakan untuk mengumpulkan sumbangan orang ramai, terutamanya di kawasan Perak Tengah.

"Ramai di antara sukarelawan bilik operasi di Bota Kanan merupakan mangsa banjir yang kini ditimpa pula dengan kejadian kebakaran," katanya.

"Kami berharap agar orang ramai dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran serta terus memberi sokongan kepada bilik operasi bantuan banjir AMK yang akan dibuka dalam masa terdekat."

Lihat Komen
ADS