Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keadaan banjir di Perak dan Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan mencatatkan penurunan setakat 6 petang ini, sementara Pahang dan Kelantan kekal manakala Sabah menunjukkan peningkatan sedikit berbanding 2 petang tadi.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 6,067 orang daripada 1,675 keluarga petang ini berbanding 6,156 orang daripada 1,701 keluarga, 2 petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata dua pusat pemindahan ditutup, menjadikan 38 pusat pemindahan masih beroperasi dengan menempatkan 4,836 mangsa di Perak Tengah, Hulu Perak (610), Hilir Perak (293), Kuala Kangsar (168) dan Manjung (160).

Di JOHOR, jumlah mangsa petang ini terus menurun kepada 28 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan di Segamat, berbanding 49 orang 2 petang tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan banjir adalah sebanyak 50 orang petang ini, berbanding 48 orang daripada 23 buah keluarga 2 petang tadi.

Jurucakap Pusat Media Operasi Banjir daerah Pitas ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mangsa masih berada di pusat pemindahan banjir Dewan Gereja Kampung Kebatasan.

Jumlah mangsa di PAHANG dan KELANTAN tidak menunjukkan perubahan iaitu masing-masing merekodkan sebanyak 33,342 orang dan 8,682 menyamai jumlah 2 petang tadi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS