Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik ke seluruh kawasan Kota Bharu, Kelantan.

TNB dalam satu kenyataan berkata lebih 95 peratus pengguna elektrik di Kelantan telah menerima bekalan elektrik setakat ini, dengan bilangan Pencawang Elektrik (PE) yang telah dipulihkan sebanyak 1,864, berbanding 1,960, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Aziz Abdul Majid berkata pasukan TNB giat menumpukan usaha untuk membaik pulih bekalan kepada baki 5 peratus kawasan yang belum dipulihkan, termasuklah di sebahagian kawasan Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah.

Abdul Aziz juga merupakan Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB.

Sementara itu, jumlah PE yang masih belum dipulihkan di Pahang menurun kepada 150 setakat ini berbanding 584, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir.

Sementara itu di Perak, sebanyak 47 PE masih belum dipulihkan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS