Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden: MIC tak akan dibatalkan pendaftaran
Diterbitkan:  Jan 4, 2015 8:17 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Presiden MIC G Palanivel memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membenarkan MIC dibatalkan pendaftaran dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran masalah ketidakaturan pemilihan.

Beliau menjawab beberapa dakwaan, termasuk oleh bekas bendahari agung R Ramanan bahawa beliau mahukan parti itu dibatalkan pendaftaran.

Dalam kenyataannyanya hari ini Palanivel berkata beliau menafikan berharap supaya parti itu dibubarkan.

Selain merujuk kepada “beberapa dakwaan” dan “salah faham” beliau bagaimanapun tidak menyentuh secara langsung dakwaan terhadapnya.

“Terdapat kebimbangan bahawa MIC akan dibatalkan pendaftaran dalam tempoh 90 hari daripada 5 Disember 2014 jika tiada pemilihan semula dibuat.

“Saya ingin jamin bahawa kami tidak akan sekali-kali membenarkan pembatalan pendaftaran berlaku,” katanya dalam kenyataan petang ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa terhadap beberapa prosedur dan saluran betul disediakan dalam Akta Pertubuhan 1996, dalam menangani aduan dan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan.

“Kita, bersama-sama dengan peguam, mengikuti prosedur yang betul dan mengambil tindakan wajar yang perlu demi melindungi kepentingan MIC dalam perkara ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut atas alasan “prejudis” terhadap hak-hak MIC jika dilakukan.

“Dalam tempoh ini, kami sudah menulis sekali lagi kepada ROS pada 2 Januari untuk meminta masa tambahan, tanpa prejudis kepada hak-hak MIC,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS