Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar M'sia terbunuh di China dibawa pulang esok
Diterbitkan:  Jan 4, 2015 8:45 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Jenazah mendiang Tan Wei, pelajar Malaysia di sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang yang terbunuh dalam insiden rempuhan di Chen Yi Square (The Bund), Shanghai, China akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, upacara sembahyang dan penghormatan terakhir telah diadakan di Krematorium Shanghai pada hari hari ini.

“Ibu bapa mendiang akan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia pada hari Isnin, 5 Januari 2015 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah petang,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan lain, Ooi Hooi Yi yang turut terlibat dalam kejadian masih dirawat di Hospital Changzheng dan dilaporkan bertambah pulih.

Keadaan beliau semakin baik dan tiada sebarang pendarahan dalaman dilaporkan.

“Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan akan terus memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mendiang,” menurut kenyataan itu yang diedarkan Bernama.

Lihat Komen
ADS