Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang dituduh menghina sultan Selangor hari ini memohon untuk memindahkan kes pertuduhan hasutan terhadapnya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Keputusan sama ada pemindahan daripada Mahkamah Sesyen Shah Alam itu dibenarkan, akan diputuskan pada 16 Januari depan.

Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan penerbitan didakwa menghasut melalui  tulisan di Facebook pada 2012.

Wan Ji, 33, diwakili peguam bela Latheefa Koya, N Surendran dan Mohd Afiq Abdullah.

Barisan pendakwaan diwakili Mohd Azari Harun dan Siti Syakimah Ibrahin.

Menurut Surendran, kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Tinggi kerana Akta Hasutan 1948 yang digunakan terhadap anak guamnya bercanggah dengan perlembagaan.

“Kes ini dirujuk ke mahkamah tinggi atas isu perlembagaan.

“Akta hasutan bercanggah dengan perlembangaan ,jadi kita cakap ia bukan undang-undang yang sah kerana melanggar perlembagaan persekutuan,” kata Surendran.

Wan Ji dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan atas tulisannya yang antara lain mempersoalkan kelayakan sultan Selangor sebagai ketua agama.

Jika disabitkan kesalahan hukuman tersebut memperuntukkan denda lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Lihat Komen
ADS